Tuesday, 24 August 2010

Sebab2 suami jadi curang...

Pernahkah isteri terfikir, mengapa suami berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?
Ramai wanita menjawab, “Nama lagi lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.
Lelaki tidak memerlukan sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya,adakah untuk kepuasan batin semata?
“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan,layanan tidak sehangat dulu atau saja suka2?”
If ever yang berlaku curang, maybe lelaki itu sendiri tidak tahu menjawabnya,kadang-kadang tu kita sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”
YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-
Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…
“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”
Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…
“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.
“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”
“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”
"You selalu mengelak bila i ajak bermesraan!'
Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan bro nak menyalahkan sesiapa cuma bro sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!
Tidak ingatkah janji you all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ada bro bertanya pada 
seorang lelaki yang pernah curang dengan isterinya sehingga membawa kepada berkahwin dua, nama dia Tam. “Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”
Jawab Encik Tam, “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”
“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” tanya bro.
“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!”
”Ai, Encik Tam…biar betul!”
“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”
Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…
You berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila you bersama yang pada pandangan you lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…you akan JEMU jugak akhirnya.
I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan!
Nasihat saya kepada kaum suami :
Carilah wanita yang benar-benar anda suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personaliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang you akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then anda pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua,jgn lupa bimbing isteri anda takut pada Allah,dan pasti isteri anda juga akan taat pada suaminya.
Nasihat saya kepada kaum isteri :
Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan anda berdua agar pasangan anda tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…kikikiki..pandainya aku jadi pak penasihat 25% ni..kehkeh

Saturday, 21 August 2010

10 ciri2 kita dah tua...

ade ke yg mcm ni....kuikuikui...
1. Dulu, kalau nak membaca...dari jauh pun boleh baca. Sekarang dekat2 tak nampak....kena jauh-jauh sikit.
2. Dulu kalau nak kencing, dari jauh...suuurrrrr!!!! masuk.....!!!
Sekarang, kalau nak kencing, kena dekat-dekat, pelan-pelan lepas...baru
masuk...
3. Dulu, masa tidur menhadap muka...rapat-rapat, sekarang berlaga punggung
saja... itu pun dah kira rapat sangat dah tu....
4. Dulu, mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi (dalam kereta ke, handbag
ke...), sekarang, bawa juga... tapi minyak angin la...
5. Dulu, pakai baju mesti sama...sama color, sama design, sama
brand....sedondon... Sekarang, "Asal kau ada baju nak pakai udah la...!"
6. Dulu, kalau nak kemana-mana, sanggup tunggu bini sampai se jam iron
tudung...pakai tudung.... Sekarang, "Alah...you pakai yg "wrinkle free" tu
je la....!" (dlm hati....macam la ada orang nak tenagok dia...hiyyyy!!!
Malam tadi tak mau nak gosok... lembab!!)
7. Dulu, sanggup jalan berbatu2 teman bini shopping, sekarang...tunggu dlm
kereta je. Kejap-kejap SMS..."Lama lagi ke?" "Apa aje yg you cari ni...?"
8. Dulu, hebat....!!! sebulan sampai 12 kali..., sekarang, kalau dapat 12
bulan sekali pun kira hebat juga...
9. Dulu, menunggu pun dah keras.... sekarang, menunggu nak keras...
10. Dulu, isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh, suruh buka..jgn
pakai apa-apa. Sekarang, isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buka
juga... "Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ke...?"



haha amcam sape2 yg ada ciri2 di atas sahlah korang dah tua hehehe

Tuesday, 17 August 2010

Antara lobak , telur dan serbuk kopi

Pada suatu hari, seorang pemuda kelihatan gelisah kerana beranggapan hidup terasa amat menyakitkan.Setiap kali dia dapat menyelesaikan masalah, timbul pula masalah lain yang yang memerlukannya ‘berjuang’ lagi.
Akhirnya, pemuda itu bertemu dengan ayahnya, seorang tukang masak.Dia menceritakan masalah yang di hadapi dan di dengar dengan sabar oleh ayahnya.Setelah dia selesai mencurahkan perasaan , ayahnya membawa pemuda itu ke dapur.

Di situ , si ayah mengisi tiga periuk dengan air dan meletak periuk itu di atas api.Apabila air mendidih, dia memasukkan lobak merah di dalam periuk pertama, telur di periuk kedua dan serbuk kopi di periuk ketiga.Bahan itu di biarkan mendidih.

Si anak tertanya-tanya dan menunggu dengan tidak sabar sambil memikirkan apa yang di lakukan oleh ayahnya.Setelah 20 minit, si ayah mematikan api.Ia menyisihkan lobak dan meletakkannya dalam mangkuk lain dan menuangkan kopi di mangkuk lainnya.Lalu ia bertanya kepada anaknya.’’Apa yang kau lihat, nak?Lobak , telur dan kopi,” jawab si anak.

Si ayah mengajaknya mendekati mangkuk dan memintanya merasai lobak itu.Pemuda itu menurut dan di rasakan lobak itu enak.
Ayahnya meminta pemuda itu mengambil telur dan memecahkannya.Setelah membuang kulitnya, ia mendapati sebiji telur rebus yang sudah keras..Terakhirnya, ayahnya meminta dia merasai kopi.Pemuda itu tersenyum kerana merasai kopi dengan baunya yang harum.
‘’Apa erti semua ini ayah?’’tanya pemuda itu.

Ayahnya berkata, tiga bahan yang di rebus tadi sebenarnya menghadapi kesulitan yang sama-di rebus dalam air yang mendidih tapi setiap satu menunjukkan reaksi berbeza.Sebelum di rebus, lobak bersifat keras dan sukar di patahkan.Namun selepas di rebus, lobak menjadi lembut dan lunak.
 Telur pula sebelumnya mudah pecah tetapi apabila di rebus, isinya menjadi keras.Serbuk kopi mengalami perubahan yang unik.Setelah ada dalam rebusan,serbuk kopi mengubah air kopi berkenaan.
‘Kamu termasuk dalam kategori mana?’’tanya si ayah.
Pemuda itu terdiam.
Air mendidih itu umpama kesukaran dan dugaan yang kamu lalui.Ketika kesukaran dan kesulitan mendatangimu, bagaimana kau menghadapinya?Apakah kamu lobak,telur atau kopi?’’
Pemuda itu termenung memikirkan perumpamaan yang diberikan bapanya.
‘’Jika kamu lobak yang kelihatannya keras, kamu akan mudah menyerah kepada penderitaan dan kesukaran.Kamu bakal kehilangan kekuatan.Atau kamu adalah telur yang awalnya memiliki hati yang lembut, dengan jiwa yang dinamik,tetapi dengan adanya cabaran dan kegagalan,menjadi keras dan kaku,walau kelihatan sama pada luarannya.

“Atau adakah kamu serbuk kopi?Ia mengubah air panas yang menyakitkan itu.Ketika air mencapai suhu terpanas,kopi terasa semakin nikmat.Sepatutnya kamu menjadi serbuk kopi - ketika keadaan menjadi semakin buruk, kamu menjadi semakin baik dan membuat keadaan di sekitarnya juga menjadi semakin baik,’’jelas si ayah.


Hahaha...sy nk jd kopi...korang nk jd ape!!!

Thursday, 5 August 2010

Bicara Seorang Suami

Perempuan bagaikan angin… Lembutnya melenakan… ributnya menggusarkan…
Adakalanya mereka seperti ibu… menyaji kasih, menghidang sayang…
Adakalanya mereka seperti anak… ingin dibelai, minta dimanjakan…
Adakalanya mereka seperti nenek… berleter seadanya, merungut semahunya…
Namun,
Teman kembara dalam kehidupan yang sementara ini…
bahagia dan derita kita sangat berkait dengan mereka…
Pssttt…
Tiba-tiba isteri merajuk… pandai-pandailah memujuk…
buka telinga, tajamkan pendengaran, amati suaranya…
teliti dengan hati yang terseni… rasional atau emosi?
Andainya emosi, belailah emosi itu… jangan cuba dihadapkan secara rasional…
kerana si dia tak akan terdaya… mengunyah hujan,
berilah walau seribu sebab…
lengkap dengan perangkaan statistik… atau dokumen saintifik…
beserta dengan beberapa affidavid…
Dia tetap melulu kerana fikiran sudah berjerebu…
Dalam siuasi ini… fikiran telah ditawan perasaan… sebaiknya, perhaluskan kata,
perindahkan bahasa, jinakkan perasaan, hadiahkan seyuman….
Masih gagal?
Cuba gunakan sentuhan, semarakkan belaian....
Masih gagal juga?
Tunggu saja rajuknya reda… emosi isteri… bagai riak-riak air dalam cawan…
Jangan digongcang…. Buat selamba… lambat laun gelombang akan tenang…
Air dicawan akan kita minum jua…
Tapi awas…
Kalau ternyata rajuknya berfakta… masamnya berdata… geramnya berilmiah…
marahnya ada prima facie… ini rajuk taraf tinggi namanya….
Perlu ditangani berhati-hati… kalau ternyata benar, apa salahnya kita terima…
mengaku lalu berjanji serta berikrar “Sayang abang tak ulang lagi.”
Katakan “ Sayang… abang alpa”
Bisikkan “ Darling… I lupa...”
Hulurkan tangan… minta kemaafan…
Pendekatan kasanova … tapi hati suci…
Rajuk isteri seperti mangga muda… perisanya masam…
Tetapi….
Kalau kena cicahnya… enaknya yang terasa…
Ingat api yang panas, padamkan dengan salji yang dingin…
Arghhh…
Tiba-tiba isteri merungut…
Malah kadang kala agak mengugut… minta aksesori atau perabot…
Minta villa yang tersergam indah… atau mahligai di lerang bukit…
Sedangkan kita bukan Shah Jehan… yang mampu membina Taj Mahal buat isterinya….
Tetapi isteri pula persisi Nur Jehan yang meminta petanda keagungan cintanya…
Katanya “Seabadi permata… segemerlapan intan…”
Sedangkan ditangan kita hanya cincin tembaga…
Aduh…
Peritnya mengukur cinta… dalam ukuran mayam atau menimbang setia…
Menerusi Bursa Saham papan utama…
Kasih isteri, turun naik…
Mengikut kadar tukaran asing…
Tiada guna menyesali diri… diakan dulu pilihan kita?
Semasa mekarnya dia dihargai, dipuja-puji….
Dia kini sudah menjadi ibu pada anak-anak kita…
Sudah takdir…
Permata yang dipilih, perlu digilap semula…
Namun,
Putus asa jangan sekali… terimalah dia, dengan redha…
Justeru isteri pada hakikatnya adalah bayang-bayang suami…
Wanita adalah tulang rusuk yang bengkok….
Luruskan dengan berhati-hati… bertegas tapi jangan berkeras… Lembut tapi jangan reput…
Katakana RM bukan segala-galanya…
Lalu pada saat yang kudus… setelah bersolat bersama…..
Bisikkanlah “Duhai isteriku… marilah kita bina perkahwinan ini dengan cinta yang sejati…
marilah kita kutip rezeki dengan keringat tersuci,
mari kita cari harta, tetapi itu bukan segala-galanya…
padamu isteri… istanamu, di hati ini…
padamu sayang kalung cintamu, di jiwa ini…”
Puuuh…
Akan tiba masanya apabila isteri dihati… tapi kurang dimata…
Usia meningkat, kecantikan tergugat…
Dulu yang kita lihat mulus kini beransur pupus…
Betis, tidak lagi bunting padi…
Pipi, bukan lagi pauh dilayang…
Apakah dengan itu akan berkurang cinta kita…
Selama ini cinta dimata bertapak di body…
Tapi jika cinta tetap kekal… malah semakin bertambah…
Ertinya cinta kita dihati, berpasak di budi…
Itulah cinta sejati…
Namun tidak salah…
Di samping menyanjung budi… kita merampingkan body,
Kalau ada kesempatan… ajaklah dia bersenam… amalkan puasa sunat…
Tapi ingat niat kerana Tuhan… bukan kerana ingin kuruskan badan…
Tapi Tuhan Maha Penyayang…
Dia sentiasa membantu isteri yang ingin keredhaan suami…
Tak salah kalau mohon kesihatan, kecantikan dan kecerdasan…
Sama-samalah merampinkan badan…
Yang terlebih dikurangkan… jangan sesekali mencemuh apalagi menjauh...
Apa gunanya membandingkan isteri dengan perawan…
Bukan masanya lagi merenung dara…
Tapi kini saat menghitung dosa..
Lalu ajaklah isteri menambah bakti…
Moga-moga cinta kita hingga ke hujung usia…
Di dunia ini dan di akhirat nanti…
Itulah yang dikatakan…
Hidup berdua, ’selepas’ mati pun bersama…
Uuuhhhhhh…
Kekadang isteri mengamuk…
Dengan ombak prasangka dan taufan cemburu…
Apa bukti setiamu suami?
Apakah tandanya hanya aku di hatimu?
Kekadang disergahnya kita…
Ketika keringat masih membasah…
Baru menjengah pintu rumah…
Ketika itu nilailah diri…
Mungkin kita berdosa dengan Tuhan…
Atau bersalah dengan insan…
Mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan, yang telah kita lakukan…
Lalu datang teguran, amaran dan peringatan…
Secara ‘indirect’ dari Tuhan…
Hadapkanlah diri ke cermin hati…
Kalau liar, berhentilah…
Kalau berdosa, bertaubatlah…
Sebaliknya, jika ternyata isteri yang melulu…
Nasihatkanlah baik-baik…
Bukan senang nak senang…
Ingatlah mastika dalam kitab-kitab tua…
Suami yang sabar dengan isteri yang jahat…
Akan mendapat pahala Nabi Ayub…
Atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khatab…
Ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri…
“Bersabarlah kerana isteri telah banyak membantu kita…
Dia yang menyelamatkan kita dari amukan nafsu…
Dia yang membantu menjaga makan minim kita…
Dia yang mencuci kain baju kita…
Dia yang membantu membersihkan rumah kita…
Lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya…?”
Marilah sama-sama kita tabur sedikit salji pada segengam api…
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan…
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini…
Walaupun sudah berdekat-dekat lamanya…
Institusi ini adalah kubu terakhir kita…
Marilah kita pertahankan bersama si dia…
Si diaku, si diamu…
Cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber…
Biar setia kita makin waja…
Biarlah skrin-skrin internet atau internet memaparkan
Yang indah-indah pantulan seri rumahtangga kita…
Bicara ini diakhiri dengan satu coretan…
Yang mungkin boleh diguriskan pada kad lahir isteri…
Atau kad ulang tahun perkahwinan…
Atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya…
Atau kau pahatkan saja dihalaman hatimu pada malam nanti…
Aku hanya seorang suami…
Yang menerima setulus hati seorang isteri…
Janji yang termeterai…
Di akad nikah kita musim yang lalu…
Salam ku hulur buat menyapa hatimu nan luhur…
Bersamalah kita harungi derita yang datang…
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang…
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata…
Biar kita rasa
Rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya…
Isteri…
Tidak ku tagih setia, sesetia Hawa…
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam…
Terimalah kehadiranku…
Di sudut tersuci di dalam hatimu…
SEORANG ISTERI….