Wednesday, 22 April 2009

Sayangi dia dengan Hati.....

Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan
sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana
perasaan sentiasa berubah dari masa kesemasa.
Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia
dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan
biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-
apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus
mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana
dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi
seseorang yang lain.
Sayangi dia sepenuh hati.Sesungguhnya dia telah banyak bekorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan
keluhuran cintanya............

3 comments:

  1. Alhamdulillah, saya sgt setuju dgn kenyataan saudara..kaya atau miskin, susah atau senang, cantik atau hodoh, bijak atau lemah...semuanya hanyalah untuk hiasan dunia...keluhuran..kesetiaan..ketaatan..keimanan..kesabaran..ramuan yg kudus..

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah kerana ada yang bersama sama saya.

    ReplyDelete
  3. Aduhai.. kenapalah pemuda kita yang seorang ini lain macam je. Jiwang yang sangat menakutkan.

    ReplyDelete