Ntah lah betol ke tak.. aku dapat bender ni dari majalah..
jomm bace bersama2...huhu
Lelaki Taurus
Kebaikan
Begitu setia dan mengambil berat. Bercinta dengan lelaki Taurus samalah seperti berada dalam situasi yang selesa dan selamat. Tak ada perubahan 'cuaca' yang mendadak pada moodnya - dari sudut emosi, mereka agak konsisten dan setiapkali melafazkan kata cinta kepada anda, si dia akan benar-benar setia dengan kata-katanya itu. Kalau boleh dia mahu perhubungan yang kekal abadi. Mereka begitu ingin kan kestabilan dan keselamatan dalam hubungan cinta, kewangan dan kesejahteraan rumahtangga. Seorang yang amat perktikal, kamu boleh bergantung harap pada nya pada setiapkali ada masalah dan waktu yang memerlukan anda membuat keputusan yang penting dia adalah tempat rujukan terbaik.
Keburukan
Sangat degil, bila ada mula mengeluarkan pendapatnya yang amat berbeza, jangan haraplah kamu -dapat mengubah pendapatnya. Suka berlengah-lengah dan sekiranya kamu memintanya melakukan sesuatu perkara dengan cepat, dia selalu meminta kamu bertenang dulu. Semua akan dilakukannya. Sedangkan tindakannya amatlah lambat. Apa-apa sahaja yang dilakukan, sudah dibuat perancangan terlebih dahulu, jadi janganlah nak mengharap sesuatu yang lari dari tajuk atau sesuatu yang berlaku secara spontan. Lagi satu, perkara buruknya... "luka mungkin akan sembuh, tetapi parutnya tetap ada!" Jadi, janganlah sesekali meluka kan hatinya atau mengecewakanya kerana lelaki Taurus susah nak memaafkan seseorang yang pernah melakukan kesalahan dengannya. Jika anda mengecewakannya, si dia akan sedih dan kesannya akan mengambil masa yang lama untuk hilang.
Tips
Kepercayaan adalah sesuatu yang penting. Bila berkata-kata atau melakukan sesuatu buat dengan jujur dan bersungguh-sungguh dan yang penting, jangan katakan sesuatu yang anda tidak maksudkan. Lelaki Taurus sukakan apa yang selesa buat dirinya, jadi berikan sahaja apa yang dimahukannya. Hargai apa sahaja apa yang dilakukan untuk anda dan cuba jangan terlalu boros dalam perkara yang anda ingini, jimatkan sikit duitnya! Dia akan menghargai sikap bertolak ansur anda itu.
Lelaki Gemini
Kebaikan
Seorang yang periang, peramah dengan sedikit sikap kelakar yang tidak melampau dan seorang yang agak aktif, anda merasa seronok menghabiskan masa bersama ketika saat-saat menyeronokkan dan ketika memenuhi tuntuan kehidupan sosial yang agak sibuk bersamanya. Mereka mempunyai semangat tidak pernah mengaku kalah pada kekurangan hidup dan sentiasa memberikan galakan dan dorongan kepada anda agar terus tabah dan sabar dalam menghadapi hidup yang penuh ujian ini. Dia juga suka mencuba sesuatu yang baru dalam hidup. Jadi tidak hairanlah kalau kerjayanya sering bertukar. Ia sedikit sebanyak akan memberikan perubahan dalam kehidupan anda bersamanya. Mereka juga mempunyai pemikiran yang bijak dan pantas dalam membuat sesuatu keputusan serta berfikiran terbuka. Mereka juga suka berbincang tentang perkara-perkara 'bijak' dan meluas dalam kehidupan. Perkara sebegini menjadi satu punca utama yang menguatkan lagi keakraban anda berdua.
Keburukan
Si dia suka enjoy dengan perempuan lain menyebab kan anda selalu makan hati. Pemikirannya selalu bertukar-tukar sehingga menyebabkan anda terbaksa mengingatkannya "Jangan setakat cakap saja besar, pratikkan!" Kebosanan akan menyebabkan mereka menjadi semakin tertekan dan tak boleh nak duduk diam. Dengan aktiviti yang banyak termasuk aktiviti kerja dan kawan-kawan keliling pinggang, mungkin si dia susah sikit nak duduk diam dalam rumah.
Tips
Berseronoklah dengan lelaki Gemini anda. Aktiviti sosial yang spontan dan romantik serta meriangkan jiwa anda membuatkan perhubungan anda sentiasa ceria. Buat satu kejutan untuk si dia - ia sedikit sebanyak membantu menyemarak kan perasaan cinta anda berdua dan apa yang penting tidak membuatkan si dia berasa jemu dengan anda. Jadilah seorang yang optimistik kerana lelaki Gemini sukakan wanita optimistik, tak nampak bosan sangat pada matanya yang agak mencabar! Lagipun lelaki Gemini sukakan wanita yang berkeyakinan tinggi.
Lelaki Cancer
Kebaikan
Seorang yang lembut, romantik dan agak sentimental. Dan mampu memberikan sesuatu keajaiban yang istimewa dalam perhubungan. Si dia juga adalah seorang yang bertimbangrasa, penyanyang dan banyak mengambil berat. Dari sudut emosional, mereka adalah seorang yang paling kuat memberikan dorongan dan galakan kepada anda. Selain itu, mereka begitu sayangkan rumahnya dan juga ahli keluarga, sesuatu yang mungkin akan menjadi sebagai titik-titik kecik yang bakal membina hidup anda bersama.
Keburukan
Mereka seorang yang agak moody. Bila dia menghadapi masalah sering sahaja mendiamkan diri dan tidak mahu berkongsi masalah bersama dan kadangkala emosional tak tentu pasal . Mereka boleh menjadi seorang yang kadangkala hidup dalam dunia sendiri dan hanya mahu memikirkan masalahnya sahaja.
Tips
Jadilah seorang yang penyayang dan mengambil berat. Si dia sukakan sikap ambil berat anda. Si dia mahukan seorang yang memahami, yakin dengan dirinya dan juga sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan. Rancangkan satu perjumpaan yang romantik seperti makan malam di bawah sinar lilin dengan iringan muzik romantik untuk menghangatkan lagi suasana. Jadikan rumahnya bagaikan sebuah istana dan si dia akan merasa cukup bangga.
Lelaki Virgo
Kebaikan
Bijak, logik dan juga cukup bertimbangrasa. Si dia juga adalah seorang yang suka bertolak ansur, amat peka dengan pertelingkahan kecik dan pandai menjaga hati org sekeliling. Mereka juga amat peka dengan etika kerja semasa. Bukan itu sahaja, mereka akan melakukan apa sahaja untuk memberikan apa sahaja kemahuan anda dan membina masa depan dengan anda seawal yang mungkin demi keselesaan dan keselamatan di masa yang akan datang. Si dia punya nilai-nilai kekeluargaan yang amat luhur dan akan melakukan yang terbaik dalam memberikan sepenuh perhatian pada keluarga dan rumahtangga. Seorang yang bertanggungjawap, boleh diharapkan dan seorang yang sangat terhormat, biasanya mereka akan menunjukkan perasaan cintanya pada anda melalui perkara-perkara yang praktikal, tidak hanya sekadar mengucapkan perkataan-perkataan cinta sahaja. Si dia akan cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati anda.
Keburukan
Terlalu serius dan selalu sangat merisaukan perkara yang bukan-bukan. Kadangkala anda perlu memainkan peranan untuk kembali menceriakan keadaannya. Mereka akan selalu juga berkeadaan tidak tentu arah dan gementar, jadi keadaan tenang dan selesa di rumah adalah amat diperlukan. Lelaki Virgo suka melakukan sesuatu mengikut tahapnya tersendiri dan amat mementingkan kualiti, jadi jika anda ingin buat sesuatu untuknya, jangan lah buat ala kadar saja.
Tips
Fahami keperluannya yang kadang kala perlukan keadaan yang sunyi dan tenang. Ia akan membantu mereka memfokuskan kembali kepada perkara-perkara yang dilakukan dan sedikit sebanyak akan memberikannya ruang untuk menyusun segala aktivitinya. Berikan satu ruang rumah anda agar dia dapat berfikir melakukan kerjanya dan menenangkan dirinya. Jangan lupa teruslah menyokongnya dan kerana sokongan anda yang selalu ada itulah akan menjadikan cintanya kian mekar dan segar untuk anda.
Lelaki Leo
Kebaikan
Kuat dan bersemangat tinggi, lelaki Leo adalah satu-satunya lelaki yang boleh diharapkan. Sangat pemurah, berperasaan tinggi dan juga seksi! Si dia juga tidak akan teragak-agak untuk bekerja lebih semata-mata mahukan kehidupan anda lebih glamour lagi. Si dia sanggup berbelanja besar jika ada satu-satu majlis yang agak high class untuk anda. Si dia sukakan aktiviti yang menyeronokkan dan jangan terkejut, staminanya mengalahkan budak kecil kalau ada apa-apa aktiviti lasak seperti sukan, tarian dan sebagainya.
Keburukan
Bersikap seperti seorang boss. Mahukan pendapat yang tepat dan relevan, manakala keputusan akhir, semuanya akan ditentukan olehnya sendiri, terutama yang melibatkan isu besar. Si dia mampu menjadi seorang yang berhidung tinggi, degil, terlalu mengongkong dan kadangkala amat menyakitkan hati. Berdiri di belakangnya (sokong apa sahaka pendapatnya) walaupon ia bertentangan dengan prinsip anda dan dia akan hormat apa yang anda buat.
Tips
Buatkan si dia bangga dengan anda. Pujian dan penghormatan adalah kata kunci bagi lelaki Leo jika anda inginkan perhubungan kekal lama. Melalui kata-kata, cuba hargai segala yang dilakukangnya untuk anda, kerana singa adalah raja rimba! Cubakah bodek si dia sikit dengan menunjukkan yang segala dilakukannya adalah sesuatu yang amat anda hargai. Mesti perasan habis dia tu! Maklumlah singa liar ni kalau kita belai-belai dan usap-usap dia, lama kelamaan akan bertukar menjadi seekor kucing yang manja.
Lelaki Libra
Kebaikan
Sofistikated, begitu menarik dan bijak. Jejaka Libra mempunyai gaya pelbagai dan bila berbicara, bicaranya agak menarik hati! Mereka juga sedang tercari-cari pasangan yang secocok untuknya, si dia adalah seorang yang lebih kepada konsep 'berpasangan'. Punya ramai kenalan dari pelbagai bidang dan kerjaya. Jika anda ada masalah, cariklah dia dan dengan mudahnya, mereka akan memperkenalkan anda pada org yang mampu membantu anda. Amat prihatin, baik dan cukup romantik. Selalu mengejutkan kamu dengan pendekatan romantiknya.
Keburukan
Si dia akan tetap meneruskan permainan cintanya sehinggalah mereka menemui pasangan cinta sejati dan istimewa. Jadi cabarannya ialah kamu harus tau samada kamu adalah wanita yang dicarinya selama ini atau sebaliknya. Si dia mungkin terlalu banyak melukakan perasaan anda disebabkan sikapnya yang suka enjoy. Si dia pandai mengelakkan kontroversi, jadi pandai-pandailah anda mengawal diri.
Tips
Si dia sedikit mabuk dengan cinta. Oleh yang demikian, selalulah hangatkan suasana anda dengannya. Jaga diri anda dan cuba tampilkan yang terbaik dari perspektif kecantikan diri kerana jejaka Libra menghargai kecantikan. Jadilah seorang yang pemurah dan hulurkan pujian sebanyak yang boleh, sebab ianya akan menaikan semangatnya. Cuba elak kan pergaduhan yang tak sepatutnya. Cuba usahakan satu bentuk perhubungan yang baik kerana jejaka Libra mencari-cari keharmonian dalam percintaan.
Lelaki Scorpio
Kebaikan
Siapa dan apa sahaja yang disukai oleh Scorpio akan disukainya dengan sepenuh hati- tidak ada perkataan separuh hati pada manusia berbintang Scorpio. Mereka tetap setia dengan kekasih tak kira di masa susah mahupun senang. Dari sudut kewangan, Scorpio agak berpandangan jauh dan bercita-cita tinggi. Jadi anda tak perlu risau sangat pasal hal ehwal material, segalanya telah diuruskan olehnya. Si dia juga amat menghargai nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi dan sejahtera.
Keburukan
Seorang yang agak kompleks dan sukar difahami. Scorpio amat sensitif bila bercerita tentang soal perasaan dan kadangkala agak sukar untuk dimengertikan. Cuba membuatkan si dia meluahkan perasaan pada kamu ataupun cuba membuatkan dia menjelaskan apa-apa perkara berbangkit; lebih payah dari mencabut gigi! Kelakarnya kadangkala agak sarkastik juga, jadi ada juga gurauan yang agak pedas telinga anda mendengarnya. Mereka juga mempunyai pendirian yang tegas, tak ada siapa yang boleh melembutkan kepala batunya itu.
Tips
Bina kepercayaan antara anda dengan si dia. Berlaku jujur, boleh diharap dan konsisten dengan si dia dan lama kelamaan si dia akan mula menanamkan kepercayaan kepada anda. Tegas dengan pendirian anda dan secara diam-diam, si dia akan lebih menghormati anda lagi.
Lelaki Capricorn
Kebaikan
Apabila seorang lelaki Capricorn jatuh cinta, mereka serius dan memberikan komitmen sepenuh jiwa raganya. Seorang yang tahan dengan apa juga cabaran, si dia akan sentiasa cool dan merendah diri serta tau langit tidak selalunya cerah, jadi sediakanlah payung sebelum hujan. Mereka akan memberikan sepenuh daya tenaga untuk menceriakan hubungan cinta, bertanggungjawap dan menghormati anda dan tanggungjawap besar kepada keluarga.
Keburukan
Mungkin mereka akan menjadi sedikit anti sosial, susah nak bercampur dengan orang. Selalu sangat bercakap tentang kerjaya ataupun soal kewangan. Selalu memendam perasaan dan kadangkala selalu sangat hendakkan lain dari orang lain. Kadangkala si dia ini sinikal dan kadangkala agak kritikal juga. Susah nak faham, mamat sorang ni.
Tips
Seorang yang agak realistik. Kena banyak buat kajian tentang si dia dan bertegaslah dengan pendapat anda ketika berbincang ataupun bergaduh mengenai sesuatu perkara kerana si dia akan tetap menghormati pendirian anda walaupon bertentangan dengan tatasusilanya.
Lelaki Sagittarius
Kebaikan
Kelakar dan sukakan kehiduan yang ceria, lelaki ini tetap dengan jatidirinya yang tersendiri. Secara umumnya, mereka adalah seorang berjiwa bebas yang suka dengan cara hidupnya yang tanpa kongkongan. Amat progresif dan suka mencuba sesuatu yang baru. Tidak ada pekara yang berisiko tinggi padanya. Bersemangat positif dan selalu memberikan keyakinan diri pada orang lain ketika saat-saat payah. Seorang yang pengasih dan penyayang.
Keburukan
Sukakan cabaran yang mendatang, suka mengejar benda-benda yang boleh memberikan cabaran kepadanya. Sentiasa hidupkan keadaan 'terkejar-kejar' kerana itu adalah perbendaharaan kata yang penting untuknya. Anda terpaksa berkongsi teman lelaki anda ini dengan kawan-kawannya ataupon dengan aktiviti sukan kegemarannya. Moodnya yang tidak menentu kadangkala membuatkan hubungan anda dengannya juga ada pasang surut. Jangan terlau mengongkong si dia kerana si dia tidak suka dikongkong. Sebaliknya tolak ansur adalah perkara utama dalam hidupnya.
Tips
"Ketawa adalah ubat paling mujarab" - ingat falsafah ini dan anda akan sentiasa hidup bahagia bersama lelaki Sagittarius.
Lelaki Pisces
Kebaikan
Seorang yang idealist, lelaki Pisces percaya kepada kekuatan cinta dan percaya cinta menakluki segalanya. Seorang yang baik, suka mengambil berat lembut dan agak sensitif dengan masalah orang lain. Seorang yang agak genuis dan juga kekasih yang agak romantik. Seorang familyman yang agak berdedikasi akan terus menyanyangi anak-anaknya sehinggalah ke akhir hayat. Rumah dan kehidupan keluarga anda mungkin akan menjadi terus kukuh yang membentuk kekuatan perhubungan anda berdua.
Keburukan
Seorang yang suka berkhayal, anda perlu menukarkan mimpinya menjadi kenyataan dengan memberikan sokongan moral dan semangat. Sangat sensitif dan mudah tersinggung, memilih untuk lari sahaja dari masalah dan tak suka terlibat dalam kontroversi yang tidak manis. Berikan sokongan padu kepadanya setiapkali si dia ingin menyuarakan pendapatnya.
Tips
Bantulah si dia percaya kepada dirinya sendiri. Jika si dia dalam keadaan bermasalah, cuba dengar masalahnya dan bersimpati dengan apa yang dihadapi. Perlu menjadi sedikit romantik dalam perhubungan kerana itu sahaja perkara yang akan membangkitkan semangat jejaka Pisces.
Lelaki Aquarius
Kebaikan
Pencantuman minda yang menarik akan berlaku dengan jejaka Aquarius. Semangatnya begitu kuat dan bebas, mempunyai hati yang agak budiman, semangat positif dalam hidup. Sifat kelakar yang memang tak dapat diduga dan perwatakan individu yang agak terpuji. Kehidupan bersama lelaki Aquarius tidak pernah menjadi bosan atau statik. Bersama si dia, anda akan terus maju degan impian dan harapan anda berdua ke fasa seterusnya dalam hidup tanpa mahu menoleh ke belakang lagi.
Keburukan
Anda akan jarang berjumpa dengannya, mereka perlukan ruang dan kebebasan seperti seorang manusia perlukan udara untuk bernafas. Orang sebegini susah perhubungan dan kadangkala sikapnya macam tunggul kayu membuatkan anda pening. Komennya yang tak pernah berselingdung dan straight to the point pun kadangkala amat menyakitkan hati bila didengari.
Tips
Jadilah seorang rakan karib dan seorang yang boleh dipercayai olehnya. Namun demikian, berikan ruang padanya untuk melakukan perkara yang ingin dilakukannya sendiri. Kongsilah impiannya di samping kekalkan ketegasan anda dalam menegakkan prinsip anda. Si dia akan menghormati anda kerananya. Terimalah rakan-rakannya kerana si dia menghargai persahabatan, selain dari itu, mereka juga berbangga menjadi seorang rakan yang baik.
Lelaki Aries
Kebaikan
Jika berkawan dengan lelaki Aries yang terkenal dengan sikap ingin maju, bercita-cita tinggi dan boleh dikategorikan sebagai lelaki macho, kehidupan anda akan menjadi sedikit sibuk dan penuh dengan pengalaman menarik dan menyeronokkan. Selalu sangat ada projek-projek baru yang mencabar untuk teman lelaki anda, sesungguhnya anda akan sentiasa kagum dengan keinginan dan daya serta tenaga lelakinya yang selalu sangat ingin mencuba perkara baru. Kejayaan memang selalu diidamkannya, kalau boleh, kehidupannya harus dimanfaatkan semaksima mungkin. Mereka juga inginkan kehidupan yang sempurna buat anda. Mereka selalu menggalakkan anda cuba mencapai matlamat anda walaupun secara batinnya, si dia masih mahu mendahului anda dalam apa jua perkara.
Keburukan
Si dia biasanya terlalu banyak bercakap, tak sabar dan kuat cemburu. Si dia juga suka membebel dan mengungkit perkara lepas dan suka membuat perkara tak tentu arah. Keinginan dan hajatnya selalu sangat jadi topik utama dalam hidup. Perangai masih macam budak-budak, kadangkala pendapatnya yang terlalu yakin sangat dengan kebenaran cerita yang dibuat akan menyebabkan anda rasa seperti diperkotak-katikkan.
Tips
Sentiasa panaskan hubungan cinta anda dan sokonglah segala hajat dan cita-cita besarnya. Luahkan apa yang terbuku di fikirannya. Si dia akan menghormati dan mempercayai sikap tegas anda. Sentiasa berfikiran muda kerana itulah ciri-ciri lelaki Aries. Lakukan perkara yang menyeronokkan dan selalu lakukan aktiviti berdua di mana ia akan mengikatkan lagi perhubungan anda berdua.
No comments:
Post a Comment