Thursday, 25 February 2010

As You Travel Through Life!

As you travel through life there are always those times when decisions just have to be made, when the choices are hard, and solutions seem scarce, and the rain seems to soak your parade.

There are some situations where all you can do is simply let go and move on, gather your courage and choose a direction that carries you toward a new dawn.
 

So pack up your troubles and take a step forward the process of change can be tough, but think about all the excitement ahead.
 
There might be adventures you never imagined just waiting around the next bend,and wishes and dreams just about to come true in ways you can't yet comprehend!  

Perhaps you'll find friendships that spring from new things as you challenge your status quo, and learn there are so many options in life, perhaps you'll go places you never expected and see things that you've never seen, or travel to fabulous, faraway worlds and wonderful spots in between!


Perhaps you'll find warmth and affection and caring and somebody special who's there to help you stay cantered and listen with interest to stories and feelings you share.  

Perhaps you'll find comfort in knowing your family and friends are supportive of all that you do, and believe that whatever decisions you make, they'll be the right choices for you.  

So keep putting one foot in front of the other,and taking your life day by day...
 There's a brighter tomorrow that's just down the road - Don't look back! You're not going that way! 

Saturday, 20 February 2010

Fadhilat jadi isteri....

Para Isteri! untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah,
adalah bergantung pada tanggungjawab dan peranan anda terhadap suami.
Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat
lebih pahala adalah seperti dibawah :-


1. Memberi/membuat segelas air untuk suami
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing
pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan
meninggalkan anak
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. Maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain, suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala 

sekiranya didikan Isteri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan
menyukakan
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan
keredhaan suaminya dia terus masuk syurga!

Cubalah renungkan....

Wednesday, 17 February 2010

Istri Dambaan Suami


Ni saya nak share sikit ngan you all para istri2 dan bakal2 istri 8 cara nak jadi kan you all dambaan suami, kerana bidang tugas seorang isteri sebenarnya lebih besar berbanding lelaki walau isteri tidak mendapat kuasa veto dalam keluarga.
Sebagai seorang suami, ciri-ciri di bawah ini akan menjadikan anda wahai isteri-isteri dan bakal2 istri seorang yang bakal disayangi sepenuhnya oleh suami. Tetapi dengan syarat anda mesti cuba untuk menjadikannya kenyataan.

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik dari sudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu anda tonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akan benar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hati suami di waktu sedih, pandaimengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untuk mendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnya mampu lakukan ini!


2.’Assistant’ dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.


3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.


4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.


5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupun mungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebat akan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.


6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.


7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurusimej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.


8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Saturday, 6 February 2010

Hasrat Untuk Berubah

Katakan...

Aku masih muda dan bebas berkhayal
aku bermimpi untuk merubah duniaku
seiring dengan usia ku dan kearifanku

Dariku...

Mungkin boleh dijadikan sebagai teladan
mungkin boleh ku mengubah keluargaku
dengan inspirasi dan dorongan mereka
aku mungkin mampu mengubah negriku
dan siapa tahu aku mungkin dapat mengubah duniaku.

Namun...

Kudapati dunia tak kunjung berubah
maka cita-cita dan anganku ubah
lalu ku putuskan hanya untuk mengubah negriku
namun nampaknya hasrat itu pun tiada hasil

ketika usiaku semakin senja dan semangatku yang makin tersisa
kuputuskan untuk mengubah keluargaku dan orang2 yang paling dekat denganku
tetapi celakanya mereka pun tak mau di ubah
DAN KINI saat aku berbaring saat ajal menjelang tiba2 ku sedari
ANDAIKAN YANG PERTAMA2 KU ROBAH ADALAH DIRIKU
kemudian sipa tahu aku boleh merubah dunia......

Nukilan:Pn Zaharah (shah alam malaysia)

Wednesday, 3 February 2010

Hari ini hari baru.........

hari ini hari baru...
aku melihat sekeliling tanpamu..
engkau telah pergi...
dan jauh tinggalkan aku... atau
aku kah yang meninggalkan engkau...


hari ini hari baru...
ya, hari ini hari baru...
dan aku,...
aku melihat sekeliling ku tanpamu...
dan alam sekeliling mu dilihat...
tanpa aku...


nyata aku belum mampu.....