Thursday, 7 October 2010

Adakah itu cinta!!!!!!

Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata dariku?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah dirimu hanya mengingatiku bila berjauhan dariku?
itu bukan cinta itu RINDU

Adakah kamu menginginkanku kerana kamu tahu aku ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintaiku kerana itulah yang diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintaiku kerana kamu tidak ingin melukai hatiku?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi milikku kerana pandangan mataku membuat hatimu tak keruan?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahanku kerana kamu mengambil berat tentangku?
Itu bukan Cinta, itu SIMPATI.

Adakah kamu mengatakan padaku bahawa setiap hari hanya aku yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah hatimu TERTARIK pada yg lain ketika bersamaku tanpa ada rasa sesal?
itu bukan Cinta,itu KHIANAT.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang kamu senangi untuk kepentingan diriku?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

TETAPI

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara kesakitan dan kegembiraan yang membutakan dan tak terfahami ... menarikmu mendekati dan tetap bersamaku?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahanku kerna itu sebahagian diriku dan siapa diriku?
ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitanku walaupun saat itu kamu kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika aku bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika aku bahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah mataku melihat hatimu dan menyentuh jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

"lalu, setiap apa yang terucap, adalah sabda si pengemis cinta...
tapi kita tetap menari, menari, cuma kita yang tahu...
dan kita kemudiannya berhenti..."

6 comments:

  1. cintailah cinta yang dihati
    itulah cinta yang hakiki

    ReplyDelete
  2. btl tu YANG BAIK cinta di hati yg hakiki

    ReplyDelete
  3. Suka suka sukaaaaa sangat this entry!! Seriously, so thoughful & ada sedikit guidance kat situ for those yg bercinta

    ReplyDelete
  4. thank you...jd semangat bg i bila u suka entry ni..

    ReplyDelete
  5. u r most welcome. Bukan senang nak jumpa cinta camni :)hehehe.. seronok i baca artikel-artikel u berkenaan cinta. As long as realistic is there! Bercinta tapi masih berpijak dibumi nyata

    ReplyDelete
  6. ada byk u cinta yg mcm ni di luar sana cuma kdg2 kita x jpa lg...mgkn sbb i mengharap cinta yg sebegitu tu yg byk artikel ttg cinta..hehehe

    ReplyDelete