Thursday, 13 May 2010

Perwatakan wanita melalui gaya tidur

TIDUR TERLENTANG

Wanita gemar tidur terlentang merupakan seorang yang berjiwa bebas. Gaya tidur seperti ini menunjukkan perwatakan semulajadi yang ada pada dirinya. Selain itu wanita tersebut juga amat mementingkan suasana tenang dan damai. Malah dia juga seorang yang amat mementingkan kecantikan dan penampilan diri terutama bila berada di khalayak ramai. Namun begitu ia juga memiliki tabiat buruk yang sukar untuk diubah iaitu terlalu boros dan suka mengumpat tentang kelemahan orang lain.

TIDUR TERLENTANG DENGAN KAKI MENYILANG

Mereka yang tidur dengan menyilangkan kakinya dikatakan terlalu taksub dengan kelebihan yang dimiliki. Justeru itu dia agak sukar untuk menerima perubahan yang berlaku terhadap diri mereka. Paling ketara mereka ini amat suka bersendirian untuk mencari ketenangan jiwa. Ini menyebabkan mereka lemah dalam pergaualan dan komunikasi di kalangan orang sekeliling.

TIDUR TELENTANG DENGAN TANGAN TERLETAK DI BAWAH KEPALA

Seorang yang memiliki pemikiran yang sangat cerdas, pintar dan berminat terhadap ilmu pengetahuan. Namun begitu kadangkala penuh dengan idea-idea gila yang sulit untuk diikuti oleh orang lain. Malah amat mengambil berat soal kepentingan dan kebajikan ahli keluarga. Maka tidak hairanlah jika ramai yang cuba hendak mengambil kesempatan di atas sikap mengambil berat itu. Justeru itu perlu sentiasa berhati-hati.

TIDUR MENIARAP

Sekiranya seseorang itu suka tidur dengan cara meniarap ia menggambarkan sikapnya yang cenderung berfikiran sempit. Malah anda memiliki sikap ego yang tinggi dan suka memaksa orang lain untuk mengikuti arahan diri sendiri. Selain itu anda juga sering bersikap sambil lewa.

TIDUR MENGIRING SATU POSISI SAJA.

Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang cukup yakin dengan diri sendiri. Anda akan memperolehi kejayaan hasil dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan. Mereka yang tidur mengiring pada posisi sebelah kanan dengan tangan terletak diatas kepala, anda akan diberkati dalam apa jua perkara yang dilakukan dan memperolehi kekayaan.

Sekadar rujukan dan mungkin ada kebenarnaya...

6 comments:

  1. kalau tido terkangkang pulak hehehe

    ReplyDelete
  2. kalo kangkang2 ni, anda bakal mengikut jejak langkah kak eli bogel kita...hahahaha

    ReplyDelete
  3. en komeng kalau tido tekangkang maknanya sepupu si eli lenjan hahaha

    ReplyDelete
  4. anoy btl tu dan mereka akan di minati oleh mat2 gagap..hehehe

    ReplyDelete
  5. ccz yg ni mmg bahaya pada tp pd kaum lelaki aja takut nanti karpal tanya u rela atau tak rela..hahaha

    ReplyDelete