Friday, 9 January 2009

Renungkan


Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana biasanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang
Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu

Jika kamu menadah air, biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa. 

Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya¿..
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti
baik untuk dirimu
Mengenyangkan¿Berkhasiat
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya 
Kamu akan MENYESAL..

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU
MENGASIHIMU
Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kita sebagai manusia kadangnya tidak peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain.

Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan.  Mungkin kerana kita tidak berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan.

Dari itu semoga nukilan ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang apa sering kita abaikan atau terlepas pandang dalam kehidupan ini.

No comments:

Post a Comment